Pages

Monday, May 23, 2011

Terkejut Eden.

Hai hai hai...welkam to my blog to all new readers...!!!
Ok..as usual, tadi duk ngendap2 blog orang. Ada yg best dan ada yg tak best. Ngeh2. Tak best tu ca blog aku la kan??hikhikhik. So, tadi aku melawat blog GULAHATYHANCOR. Hu2. Banyak foto2 best yg disiarkan kat situ. Jomlah tengok. Dia nak tayang, so wajib tengok. Hu2. Tapi, apa yg penting, jom kita sama2 doakan "adik" kita ni berubah yer. Semoga Allah bukakan hati dia untuk tutup aurat dan ajak kawan2 dia untuk tutup aurat.

Buang2 lah baju yg macam tuala basah tu. Dari pakai baju camtu baik pakai tuala je kan??Hu2, tak ke gitu??? Well sori la..Aku bukan nak menghina, tapi nak tegur. Adik...adik dah remaja and aku rasa adik ni dah pun baligh. So wajib la untuk adik tutup aurat tu yer. Udah2 le yer tayang kat orang. Dosa dik. Harap adik faham la yer. Bukan nak kutuk adik..tapi nak tegur. Harap adik boleh terima la yer..^^

Sunday, May 22, 2011

Aku Tertanya2..

Assalamualaikum w.b.t to all readers.
Cett!! Macam la ramai sangat readers blog aku nih. Blog pun dah berhabuk gila sebab lama tak update. Biasa la bz dengan benda tu, benda nih. Hu2. So, sebelum ni, semasa ketandusahn idea nak tulis entri, aku round2 sekitar internet ni mencari bahan2 yg boleh dibaca dan menarik. And aku found something.! Something yang buat aku tertanya2 dalam benak fikiran aku nih.

Aku ada terbaca entri pasal UMNO and Anwar kat blog2 blogger lain. Hurmm, biasa la, skang ni kan dah heboh pasal video seks tu. Tak habis pasal tu, duk heboh lak pasal harga barang naik. Pasal seks tu, aku nak komen sikit la, kalo lah si Shazryl Eskay and other T trio yg rakam, apsal la yg kamera tu hitam putih and blur2 cenggitu?? Dorang takder duit nak beli baru ke??
Aku tertanya-tanya la kan:-
  1. Kenapa perlu disebarkan secara umum video seks seseorang?? Tak ke membuka aib ke namanya tu?? Seluruh manusia dari segenap lapisan masyarakat yg tengok video tu. Siap ada yg stim lagi. Ngeh2. Tak tahu ke yg kalo kasi orang tengok video lucah ni bahaya+berdosa??
  2. Katanya "Rakyat Didahulukan" tapi apsal la harga barang2 semakin naik skang ni?? Aku ni dah la manusia pokai. Haddoii macam mana la aku nak sara idup anak bini aku nanti?? Si Rosmah tu boleh je stailkan rambut dia ikut gaya gunung berapi tuh boleh plak?? Pegi negara tu la, negara ni la. First Lady Malaysia la katakan. Makin ramai la yg jadik miskin tak lama lagi.
  3. Kalau betul golongan UmNo ni jenis yg cintakan dan sayangkan Islam, tapi apsal bini2 dorang or menteri2 wanita tu asyik tayang rambut je?? Tak tahu ke rambut tu aurat?? Pakai ketat2 pun ader..hurmm. sedih aku nengoknya.
  4. Apsal la suka sangat buat masjid besar2 tapi tak sempurnakan dengan baik?? Siyes eh, sebelum ni aku pegi KL, 2,3 kerat je aku jumpa yg semayang kat masjid. Mana yg lain?? Lelaki2 ni??Where are you guys?? Jemaah kat masjid adalah wajib untuk kita orang lelaki. Bukannya bina masjid untuk jadi tatapan orang ramai. Hurmm..Dunia akhir zaman.
Well, tu la persoalan yg bermain lam kepala otak aku nih. Hadooi..sesape?? can explain to me about those questions??

Sunday, May 1, 2011

Menyampah!

Assalamualaikum..

So, as usual, lepas gua balik dari stalking2 blog orang nih, mestilah ada terjumpa something yang tak puas hati and geli usus gua nengoknya. Gua bukan ape, sekadar nak luahkan ape yang gua pikir je. Kalo ada yang marah tu, sori aaa. Gua tak mo cari gaduh. Well, kebanyakkan blog2 yg gua stalking untuk sesi ni, biasanya blogger pompuan. *sikit2 pompuan2..takder orang lain ke??

So, kalo dulu aku pernah citer yang aku ada tengok gambar blogger pompuan skali ngn lurah2 dia tu, kali ni nak citer sal blogger2 pompuan yg suka tulis entri2 yang berkaitan kisah cintanya. Well, gua punyalah tak suka dengan entri2 yg gediks cenggini. Bagi gua, tak perlulah nak citer kat orang sal nih. Semalam, gua terbaca satu entri sorang blogger pompuan nih, yg memaki hamun entah sape tah, sebab si Misterius tu dok kacau idop dia ngn pakwe dia. Ape lagi, lam entri tuh siap dinyatakan perkataan "babi" lagi. Ade ke patut?? Alo cik adik manis...Pakwe lu tu dah sah jadik milik u ke?? Mau marah pun biarlah bertempat. Yang paling bestnye, pompuan nih, siap cakap yg si Misterius tu "syaitonirrojim". Haillaaaa..Kalo da marah tu, memang kuar segala macam kata2 kesat yg tak dibenarkan lam Islam. Haihh..dasat jugak ye bila pompuan marah2 ni.

Then, tadi aku pegi baca pulak satu entri nih kat blog gadis ni. Yang ni tulis entri yg ada unsur2 gediks. Cett! Tak suka betul aku. Dia cakap la yang dia takleh idup tanpa pakwe dia. Walau pakwe dia tak mesej pun dia siap nangis sampai sakit dada. Pakwe dia tinggalkan dia untuk tito kejap pun dia dah sedih. Aiyyooo, amma appa..Dasat nyer kuasa cinta nih erk. Gua tak pernah bercinta dan gua tak nak bercinta sebelum gua kawin. Ngerti?? he2. Apa yg gua nak simpulkan kat sini, kalo rindu dendam pun kat pakwe lu tu, kawin la cepat2. Da jadi zina ati lu tau tak?? Dan kapel2 ni benda yang membawa kita dekat pada zina tau.

Sedarlah sikit. Most of blogger2 pompuan ni akan tulis entri sal dia and pakwe2 dorang. Letak gambar dorang bersama la. Letak gadget bilang dah bape lama dorang kapel. Letak gambar katun duk kiss2 la. Eeiii..bagi gua benda2 camtu tak payahlah erk. Memang pompuan kalo da kapel, dorang yg melebih2 pulak. Aigoo! jangan gua ditemukan ngn pompuan yang macam nih dah ler. Tak suka gua. Kalo dah kemaruk sangat tu, kawinlah erk cepat2. Tak tertanggung dosa lama2 gadis2 ku sekalian. Harap korang mengerti. Dan jaga maruah diri korang baik2 ye gadis2.
Ok la..gua harap korang faham. Lau ada yg terasa ati ngn entri gua ni, harap maaf. Sekian..Adiosssss..

P/S: Ngeh2..gua tau..mesti dalam kalangan lu orang pikir "ikut suka ati doranglah nak tulis ape pun. Suka ati doranglah nak kapel ke tak. Sibuk je mamat ni." Betul tak?? Tapi gua buat camnih ada baiknya jugak tau..pikir2 la ek

Friday, April 29, 2011

Letak Gambar Biar Berpada2.

Yo! Kali ni, aku nak bagitau korang, semalam aku blogwalking la kat kampung blogger nih. Then aku jumpa satu blog yang best woo! Aku gerenti lorr, kalo manusia yang bernama lelaki ni takkan jemu pegi blog nih. Blog nih kepunyaan sorang awek. Cun ke?? Erm, bagi aku biasa2 aje. He2, tapi aku tertarik kat something nih. Yang seangkatan ngn aku pun aku rasa susah sikit nak leave blog dia bila dah bukak. Yo babeh! Aku bukak je blog tu, terus terpampang rambut lurus dia. Then aku scroll down.............Perghh!!! yang ni lagi dasyat beb!! Gua nampak LURAH!!! Cett..Ni yang kasi gua tak senang duduk ni woi!. Lurah ape?? Bukan sebarang lurah. Lurah "bukit" woo!! Dah la pakai baju seksi, ketiak nampak, dada gebu nampak. Fulamak, cayalah! Mau sting gua nengoknya.

Fulamak..! Lama jugak aku abiskan masa kat situ. Sori la kalo korang nak pegi kat blog tu, aku tak sempat nak kopi link dia. Tapi sempat gak la aku tell something kasi dia menyirap. Ekekekekeke. Adoiii laaaa. Tu satu saham ke untuk tingkatkan traffik blog?? Satu saham jugak nak masuk neraka. So bagi ladies reader yg baca entri nih, aku nasihatkan, korang jaga aurat korang tu baik2. Kalo ada gambar cantik2 pun, better korang simpan laa. Kalo letak yang bertudung and tutup aurat semua ok gak. Ni free2 je orang lain dapat dosa. Cesst!!

Ni nak kasi tunjuk lurah dia kat orang ramai. Apa daaa. Takder pekdahnya!! Diri dapat dosa yg berganda, orang lain pun dapat dosa jugak. Haillaaa..Pikir2 lah erk, especially korang ladies!! Make sure aurat korang tu tutup. Atau korang nak kasi kita yg gentleman ni tak tahan nafsu?? Pikir aaa..Adiosssss..

Thursday, April 28, 2011

Pengalaman Aku Berblogwalking

Assalamualaikum W.B.T. (jawab salam tu..)

Entri kali nih aku dengan sukacitanya nak luahkan kat sini ape yg aku baca and dapat tengok saat2 aku dok syok blogwalking kat perkampungan blogger nih. Macam2 jenis blog yang aku jumpa and macam2 genre jugak aku dapat tengok. Hmm. Apa yg dapat aku simpulkan kat sini, antara blog yg aku lawati tuh, ada yg bagus and syok abis, dan ada jugak yang aku rasa tak berapa bagus. Sorilah kalo tuan empunya blog baca entri aku nih and sakit ati. Tapi aku just nak citer je la.

Ok, mulanya aku ke blog abadiromeo.blogspot.com tu. Hurmm, mula2 aku usha, terkejut beruk wal kera aku sebab buka je blog dia tertebeng gambar pompuan yg berbogel tapi dah diblurkan. "aiyaa, dapat dosa kering aku mai sini". Ok la, memang dia dah blurkan, tapi sebahagiam aurat masih terdedah. Tapi takper la, dia dah delete kot post dia yang tu. Well aku lawat balik, and habiskan masa kat situ. hurm, nasib baik aku nih da 18 tahun and above dah. Well, blog ABADIROMEO tu sesuai untuk sape2 yg berstatus 18SX je la ek. Dia bukan ape, jsut nak sedarkan orang ramai sal sosial2 skang nih. So bro, gud job!.

Then aku ziarah pulak blog sengatjb.com. "Aiyaaa, ini blog untuk 18SX jugak derr, " Hailaaa, mengeluh aku. Well, mula2 baca entri dia sal kawan dia citer sal malam pertama tu, aku rasa tak patut la nak diciterkan secara umum. Hmm, mgkin tu je la kot yang tak patut. Aku habiskan masa gak kat situ kaji blog dia secara mendalam. Hurm, ada baiknya jugak kot, sebab walopun 18SX, MR. SENGAT ada jugak bagi peringatan untuk yg blum kawin agar jgn duk try aksi2 panas tu kat umah. So, dia da jadi cam doktor sakit tuan pun ada gak, tapi secara keseluruhannya, kwn2 blog dia takder la rasa malu nak bertanyakan masalah peribadi dorang tuh. He2. Well bro Sengat! Lu better jadi kaunselor seks. He2. Takper2, ko da bantu dorang selesaikan masalah 'penting' tu. He2.

Lepas tu, aku singgah berenti kat R&R IstanaBiru. Hurm, aku sempat baca post dia sal FB VS BLOG je. Mybe newbie cam aku jugak kot. Well, let us keep blogging!!. Berenti kat situ kejap jer, sebab banyak tempat lain aku nak pergi, almaklum la, aku ni jenis stalker sikit. Ngeh2~~

Aku singgah kat blog Putryteya. Suka lepak situ sebab suka dengan entri2 kat situ. Santai je. He2. Lepas lama aku duk kat situ aku jenjalan pegi blog orang lain pulak. He2. Tak sempat eden nak listkan kat sini. He2. Well yang aku list tu blog2 yg aku lepak lama sikit la. Usha2 ape yg ada. Ngeh2. Ok, adiosssss amigossssssssss..

Tuesday, April 26, 2011

I hate Sambutan Tahun Baru..

Assalamualaikum buat para pengunjung blog aku sekalian.

First of all, aku mintak sori la kalau2 tajuk entri tu takder kena mengena dengan isu2 semasa sekarang nih. Ye la, biasanya kalo bercakap sal tahun baru ni, biasanya di awal tahun la kan, bukan tengah2 tahun camni. Ahh, lantaklah ape pon. Seperti biasa la, aku ingin menyuarakan pandangan aku sal tahun baru nih.

Bagi aku la kan, sambutan tahun baru nih tak penting pun, malah bagi aku sambutan camnih mendatangkan banyak masalah. Yer la, biasanya pada malam tahun baru la ramai yang buat 'projek baru' dengan pasangan kapel masing2. Konsert sana sini. Balik umah dah pukul 2,3 pagi. Hurm, bagi aku semua benda tu membazir masa je la. Takder pekdahnya. Kalo korang rasa pandangan aku salah, well lantak korang la erk. Biasala, lain orang lain pandangan. Aku hargai lau korang sudi2 nak kasi tau kat aku pandangan korang sal taon baru ni. (kat ruang komen la ek).

So bagi aku, sambutan tahun baru nih mendatangkan banyak maksiat kepada umat Islam. Dengan konsert2 yang artis pompuan seksi la. Artis rock menyanyi macam ape tah. Dengan gaya tangan camtu. Rosak akidah umat Islam. Kalo la sambut taon baru dengan baca doa awal tahun and akhir tahun ok gak. Then buat solat hajat ramai2 kat dataran merdeka or stadium Bukit Jalil tu betol jugak. Yang tu takper la. Sekurang2 nya kita memohon redha Allah. Bukannya lalai dalam mengingati Allah. Buat yg berpandangan lain dari aku tuh, aku mohon maaf la kalo ada yg tak puas hati. Korang nak kemukakan pandangan??silakan la komen.

Tapi tu tak bermaksud aku gila komen. Aku just nak tao pandangan orang lain...adiosssss


Saturday, April 23, 2011

Guna cara yang betul

Assalamualaikum..hurmm aku menulis lagi. Aku just nak bagitau la, kalo sesape yang nak sedarkan seseorang atau nak citerkan satu citer panas kat orang biarlah guna cara yang betul woo. Bukan dengan cara yang salah sampaikan pengunjung blog dapat dosa kalo pegi ke blog kita tu.

Tadi aku jalan2 kat blog ABADI ROMEO, hurmm..banyak terkejut la aku masa aku tengok blog tu. Yer la mungkin dia nak sampaikan isu2 semasa yg "HOT" kot. Tapi biarlah kena cara kena cara bro! Aku harap ko dah delete la gambar2 pompuan bogel and model islam turki yang duk bogel kat majalah Playboy tuh. Tak baik bro! Kitorang yg usha blog ko ni akan dapat dosa free2 tau. Tapi aku heranlah, naper la dalam kalangan yg duk bagi komen tu tak ramai yg tegur perbuatan ko nih. Hishh!! Tu yang aku geram tuh. Aku harap ko buat camtu bukan untuk tarik traffik ar bro. Aku tau yg manusia skang nih especially laki nih suka tengok benda2 gitu. Tapi janganah pulak kita nak tambah dosa orang. Aku harap ko dah delete dah gambar2 tak guna tuh.

Kalo tak ko memang top up dosa free2 ar bro. Tu je aku nak cakap.

Pompuan Seksi Naikkan Nafsu Laki.

Korang pernah pikir tak apa yang aku pikir?? Kenapa erk pompuan2 skang ni suka tunjuk pusat and dada malah rambut dia secara awam??naper erk?? naik meluat woo aku tengok. Ishhh..tu la yang naik nafsu para jantan nih. Haillaaaa. Pompuan2 macam ni tak pernah kena tegur ke ah?? Ish ladies, korang ni tak sedar ke yang korang punya rambut, bontot, dada ape semua tu aurat?? Hurmm..malu la sikit weii.

Aku yang tengok ni, naik seksa tau tak?? Betul tak guys?? Ni kalo aku blogwalking kat blog2 pompuan ni, aku rasa ramai yg duk tayang rambut. Duk tayang gambar BF la. Hampeh!! Menarik sangat ke semua tu?? Takder pekdahnya woii. Sedarlah la weii. Aku lebih respek pompuan yang duk tayang tudung labuh dia dari duk tayang rambut and dada yg seksi menyeksakan jiwa lelaki tu. Huihhsss. Baik la tayang gambar husband dari duk tayang gambar BF. Nikah ke tidak ngn BF dia tu..Humphh!!..